Saturday 2 March 2013

TENTANG TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

Assalamualaikum.


TAJ International College (TIC). TIC??! Apakah TIC tu?? 

Ha, ni nak habaq mai ni, Admin dah lama kenal TIC ni. TIC ni, terletak di Ipoh Perak. TIC ni dah ditubuhkan sejak 1996 lagi. Kalau nak ikut umur kita sekarang ni, dah boleh dikatakan usia matang. Sangat matang. 

Pelbagai kursus yang ditawarkan disini memang untuk tujuan memenuhi industri pekerjaan bila para siswa dan siswi TIC telah selesai menamatkan pengajian disini. Dengan usaha dan semangat yang jitu, para pelajar boleh mencapai kecemerlangan dan memperoleh pekerjaan yang baik. Bukan nak cakap kosong, memang di antara pelajar TIC, selepas grad, ramai yang dapat kerja yang bagus. 

Admin juga perhatikan, suasana pembelajaran yang sangat kondusif di TIC ni. Equipment pembelajaran semua lengkap seiring dengan kemajuan teknologi kini. Suasana yang tenang kemudian dekat dengan tempat penginapan memang sangat memudahkan para pelajar berulang alik. Kemudahan tempat tinggal pun tak kurang hebatnya ! Sangat selesa !

Apa yang uniknya di TIC ni adalah dia punya cafe. Cafe dia ala-ala garden cafe gitu. Pengudaraan semulajadi. Memang best la. Kalau bab menu yang disediakan di cafe tu, perrgghhh.... memang sedap lah. Selalunya para pelajar memang banyak menghabiskan masa di cafe bukan setakat mengisi perut kosong, malah mereka turut membuat study group dan bincang perihal assignment. Macam admin cakap, cafe tu kan ala-ala garden memang syiok la kalau buat kerja. Comfortable bak kata orang kampung admin.

Dekat TIC ni, bukan pelajar Malaysia je tau, ada yang dari Indonesia datang sini semata-mata nak menimba ilmu. Tengok, semangat orang jauh datang semata-mata nak menimba ilmu. Lagi, yang bestnya, kita boleh tambah kenalan. Lepas tu kita boleh tau budaya diaorang kat Indonesia tu macam mana kan. Eh, yang tunggal kat Brunei, Singapore pun nak belajar kat sini jugak? Eh, anda sangat dialu-alukan. Ha, tak sabar nak apply form ye? Korang boleh klik je kat sini

Lagi ramai lagi best! Sebab boleh tambah kawan.

Jom admin bawak ronda-ronda sekitar TIC and dengar kata bekas pelajar TIC sendiri.


Welcome to TAJ International College !




Conducive environment





Tempat solat yang selesa



Ha, ni la cafe ala-ala garden. Cantik dan selesa kan. Tengok, admin tak cakap kosong kan, ramai pelajar yang study kat sini. Candid ni tau !

Ruang legar untuk para pelajar bersantai sambil menikmati perkhidmatan Wi-Fi !

Kiosk yang menjual pelbagai kelengkapan.

Library TIC

Ok, next, jom chill sambil tengok apa kata bekas pelajar TIC ! Kalau tak nampak, klik gambar untuk tumbesaran hebat !


No comments: