Wednesday 3 April 2013

PROGRAM DEMONTRASI & PAMERAN KESELAMATAN JPAM


Pada 4 April 2013 telah diadakan event bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Deme ni bole dikatakan hero-hero Malaya jugak lah sebab menjaga keselamatan negara. Tak gitu?? Event ni sangat bagus untuk mendedahkan tentang apa itu JPAM dan segala yang berkaitan dengan JPAM kepada para pelajar. Tidak dinafikan, ada sesetengah individu kurang malah tak tau JPAM tu apa. Yang lagi best tak pernah dengar pun JPAM tu apa. Jadi, dengan adanya event sebegini dapatlah para pelajar ni mengenali dengan lebih dekat lagi segala yang berkaitan dengan JPAM. Sedikit sebanyak berkembanglah minda para pelajar kita.

Banyak ilmu yang boleh kita kaut bila ada event macam ni walaupun kadang-kadang sesetengah daripada kita cakap "eleh, tak de kene mengene dengan subjek aku pun.." Tapi Ilmu tu sangat luas dan kita mesti tahu agar kita tak jadi katak bawah tempurung kan.. Nanti kalau ada orang sembang-sembang tak de la kita kate tak tahu apa-apa kan. At least nanti kalau orang cakap pasal JPAM, kita boleh sembang dan cakap apa yang kita tahu walaupun apa yang kita tahu tu ciput je. 





Sesi kaut ilmu. Pic yang kedua tu, CEO kita pun turut tak melepaskan peluang tuk turun padang.






CAK !! Haa, tudia, depa main ulaq dah !



Demonstrasi kebakaran. Bole belajar cara guna pemadam api yang betul



Jadi, best jugak kan bila sesekali kita attend event macam ni ? Haa...banyak event best dekat TIC ni tau ! Siapa pulak selepas ni nak join event hebat macam ni? 
P/S : Tak hebat lagi ke? cuba tengok pelajar dengan staf kita main ular dengan api tu..siape je yang berani ?? Ada brann?? Jom jadi hebat dengan menjadi warga TIC !

No comments: